Wednesday, January 8, 2014

TAQWA karangan TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

BAB 1 - Penuhi Masa Muda Untuk Kebahagian Masa Tua

" Jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya,pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua "

ALLAH S.W.T menganugerahkan peluang secara percuma untuk hambaNYA. Kita diminta supaya merebut peluang-peluang itu serta memanfaatkan sepenuhnya. Jika seseorang itu cuai atau terlalai daripada merebutnya, pasti mereka akan menanggung kerugian kerana disebalik peluang percuma itu akan muncul pula perkara negatif yang akan menimbulkan penyesalan.

Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A, bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:

" Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian"

Peringatan ini deberikan oleh Rasulullah S.A.W dengan suatu tawaran berfaedah, supaya tidak mensia-siakan peluang yang di peroleh secara percuma. Ibarat mendapat harta ghanimah , beruntung tanpa perlu modal, sedangkan orang berniaga mesti melalui modal.

Tuesday, January 7, 2014

Broga Hills

Jam menunjukkan 4.45 pagi pada 1 Januari 2014. Salah satu daripada aktiviti yang dirancangkan untuk menghabiskan cuti Tahun Baru. Seramai 16 orang dalam kumpulan kami memulakan sesi menakluk Bukit Broga. Inilah hiking pertama aku selepas 8 tahun tidak mendaki bukit.

Alhamdulillah, setelah setengah jam perjalanan dari Hulu Langat ke Semenyih, akhirnya kami sampai d kaki Bukit Broga. Dengan berbekalkan beberapa lampu suluh, (time ni, aku jalan dalam gelap je la... lampu suuh x beli)kami mula mendaki setelah memarkirkan kereta dalam ladang sawit berhampiran. Bayaran RM 2 untuk parking ye.

Pendakian mengambil masa sejam lebih disebabkan beberapa faktor:

1. Ada perempuan dan kanak-kanak
2. Beberapa kali berhenti
3. dan seumpamanya

Kami tiba di puncak pertama pada pukul 6.30 pagi. Alhamdulillah, sempat juga kami solat subuh. Sungguh indah, damai dan tenang semasa solat subuh ka puncaknya. Terasa dekat dengan Sang Pencipta.

Monday, January 6, 2014

Happy New Year 2014 Masihi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Selamat Tahun Baru 2014.

Alhamdulillah. Bersyukur kerana masih di beri peluang oleh Sang Pencipta untuk menghirup udara segar. Segala peristiwa pahit dan manis di tahun 2013 akan tersimpan kemas dalam lipatan sejarah dan mungkin sesetengahnya akan dlupakan. Walau apa pun yang telah kita lakukan, setiap denyut nadi, setiap saat akan di catat oleh 'bodyguard' yang akan sentiasa memerhatikan kita sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Walau apa pun yang terjadi, teruskanlah kehidupan. Kerana kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan terus bertaubat. Kita masih berpeluang membetulkan masa hadapan. Satu daripada maksud hadis Nabi S.A.W " Berkerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari". Maksud hadis ini ingin menunjukkan bahawa, buatlah sesuatu dengan bersungguh sungguh sama ada kerja mahupun dalam beribadat kepada ALLAH SWT.

Wednesday, June 13, 2012

Menyusuri Buku 'La Tahzan' Karangan Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni

1. MERENUNGLAH DAN BERSHUKURLAH

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati ni'mat yang ALLAH kurniakan kepada anda. Kerana ni'matnya telah meliputi hingga hujung rambut hingga kebawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah ni'mat yang telah diberikan ALLAH kepada anda.

"....sekiranya kalian menghitung-hitung ni'mat ALLAH, nescaya kalian tidak dapat menghitungnya..." (Ibrahim:34)

Demikian besar ni'mat ALLAH yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini berserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan ALLAH untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan tetapi tidak pernah mengetahuinya.

"....Dia telah memberikan ni'mat-ni'mat-NYA secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin... " (Luqman:20)

Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah,dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

"Maka ni'mat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan" (Rahman:13)

Apakah anda mengira bahwa berjalan dengan kedua kaki itu merupakan suatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunya kaki?. Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak dia tas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya?. Apakah anda merasai ni'matnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banya manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya? Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?

Tuesday, June 12, 2012

Menyusuri Buku 'La Tahzan ' Karangan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

BAB YANG TIADA BAB - YA ALLAH

Firman ALLAH SWT di dalam Surah Al-Rahman, ayat 29

'Semua yang ada di langit dan di bumi selalumemohon kepada-NYA. Setiap waktu ia berada dalam aktiviti-NYA'

Apabila laut bergelombang,ombak bergelora dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak: "Ya ALLAH"

Kembalilah...

Hari ini 12 Jun 2012. Jam sudah menunjukkan pukul 19:15. Sudah sejam 15 minit masa berlalu. Sepatutnya aku sudah berada bersama yang lain di tengah2 jalan raya. Menghadapi keadaan traffic yang sangat teruk di Kota Besar Kuala Lumpur. Owh, sungguh penat bagi aku setiap hari untuk menghadapi jalan raya yang semakin hari semakin padat. Bila fikir pasal datang dan balik kerja, terus terpikir keadaan jalan yg begitu teruk dengan trafik. Tidak kira Lori, Bas, Kereta hatta motosikal sekalipun. Semuanya sama kecuali motosikal yang booleh 'menyelit' di antara kereta-kereta yang ada di tengah-tengah jalan besar.

Hatiku sudah meruntun ingin pulang tetapi aku masih belom kuat untuk menggagahi diri untuk berhadapan dengan keadaan trafik yang cukup teruk.



Cuba korang bayangkan jika ini keadaan setiap hari malah even worst when raining. Aku yang penuh dengan kesabaran pun x boleh nak bersabar dah. Hahahaha... Dalam menunggu untuk trafik semakin reda, aku terfikir sesuatu. Sudah lama rupanya aku tidak membaca kitab-kitab seperti aku di sekolah dulu. Nama-nama kitab yang kau baca dulu pun sudah hampir ku lupa semuanya. Arghhh.... dalam begitu banyak kitab yang aku baca, hanya beberapa yang aku ingat. Ihya' Ulumuddin, La Tahzan, and ... Argh.. da tak ingat da... Ahaaa... satu lagi Fadhail A'mal. Ini tak termasuk Al-Quran la. Hehehe...

Monday, June 11, 2012

Warkah Buatmu ~ Kisah Suatu Ketika Dahulu

Sayang,
Ketahuilah bahawa aku masih lagi mengingati dan tidak akan pernah melupakanmu kerana kaulah yang terindah yang pernah hadir dalam hidupku. Kita pernah melafazkan kata cinta dan berjanji untuk setia suatu ketika dahulu. Tetapi akulah yang menghancurkan kesetiaan dan janji itu. Dikala lafazmu menuntunku untuk bermesra dan bertemu sua, aku selalu menggagalkan rencana. Selalu sibuk dengan kerja sehingga lupa akan anji setia. Dikala aku memohon untuk bersemuka, ku seringgal memungkiri bicara. aku tahu kau amat kecewa dan menitiskan air mata. Bukan hanya sekali tetapi ia berulang sehingga aku lupa jumlahnya.

Sayang,
Tiada alasan yang aku mampu ungkapkan untuk mempertahankan kesetiaan melainkan aku melepaskanmu. Melepaskanmu untuk melebarkan sayap melihat keindahan cinta yang selalma ini aku gagal untuk buktikan. Bukan sengaja untukku berbuat begitu, tetapi aku tidak mampu melihat air matamu menitis lagi kerana diriku. Tidak mahu jiwa batinmu tersiksa demi cinta yang tiada setia.

Sayang,
Sekian lama aku membiarkanmu terbang sendirian, bibit rindu mulai hadir dalam diriku. Rindu yang bukan dibuat-buat, tetapi rindu yang hadir dari lembah palling dalam. Ketika aku mendongak menagih kasih yang dibiarkan, aku mulai sedar. Aku terlambat. Aku terlambat dalam mengejar cinta agungmu. Ternyata kau lebih bahagia tanpa aku disisi.

Sayang,
Dalam diam aku menarik diri dan membunuh perasaan rindu yang kian terbit dari hati. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Air mata mu terlalu mahal untuk kau tumpahkan hanya untuk manusia seperti aku. Aku hanya mampu melihatmu dari jauh. Ketahuilah aku bahagia disaat kau mulai bahagia. Terima kasih sayang kerana pernah membuat hatiku berbunga.

Nukilan Hati
Rahsia tersembunyi..