Monday, June 11, 2012

Warkah Buatmu ~ Kisah Suatu Ketika Dahulu

Sayang,
Ketahuilah bahawa aku masih lagi mengingati dan tidak akan pernah melupakanmu kerana kaulah yang terindah yang pernah hadir dalam hidupku. Kita pernah melafazkan kata cinta dan berjanji untuk setia suatu ketika dahulu. Tetapi akulah yang menghancurkan kesetiaan dan janji itu. Dikala lafazmu menuntunku untuk bermesra dan bertemu sua, aku selalu menggagalkan rencana. Selalu sibuk dengan kerja sehingga lupa akan anji setia. Dikala aku memohon untuk bersemuka, ku seringgal memungkiri bicara. aku tahu kau amat kecewa dan menitiskan air mata. Bukan hanya sekali tetapi ia berulang sehingga aku lupa jumlahnya.

Sayang,
Tiada alasan yang aku mampu ungkapkan untuk mempertahankan kesetiaan melainkan aku melepaskanmu. Melepaskanmu untuk melebarkan sayap melihat keindahan cinta yang selalma ini aku gagal untuk buktikan. Bukan sengaja untukku berbuat begitu, tetapi aku tidak mampu melihat air matamu menitis lagi kerana diriku. Tidak mahu jiwa batinmu tersiksa demi cinta yang tiada setia.

Sayang,
Sekian lama aku membiarkanmu terbang sendirian, bibit rindu mulai hadir dalam diriku. Rindu yang bukan dibuat-buat, tetapi rindu yang hadir dari lembah palling dalam. Ketika aku mendongak menagih kasih yang dibiarkan, aku mulai sedar. Aku terlambat. Aku terlambat dalam mengejar cinta agungmu. Ternyata kau lebih bahagia tanpa aku disisi.

Sayang,
Dalam diam aku menarik diri dan membunuh perasaan rindu yang kian terbit dari hati. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Air mata mu terlalu mahal untuk kau tumpahkan hanya untuk manusia seperti aku. Aku hanya mampu melihatmu dari jauh. Ketahuilah aku bahagia disaat kau mulai bahagia. Terima kasih sayang kerana pernah membuat hatiku berbunga.

Nukilan Hati
Rahsia tersembunyi..

No comments:

Post a Comment