Thursday, November 5, 2009

PERIHAL BABI (dr e-mail yg diterima)

Macam mana pandangan ustaz?”, tanya rakan sekerja saya setibanya saya di pejabat pagi ini.
“Macam mana apa?”, saya terkejut.
“Cuba ustaz check email”, katanya

Pagi ini saya menerima email yang menyertakan gambar-gambar sekumpulan pelajar perubatan haiwan di ladang babi. Email pertama yang saya terima, mempersoalkan tindakan pelajar tersebut memegang dan berposing dengan babi-babi itu. Manakala email kedua, disertakan jawapan dari seorang doktor perubatan haiwan yang cuba menjelaskan tentang hukum memegang, mengurus dan merawat haiwan seperti anjing dan babi.

Pada pandangan saya, jawapan yang diberikan oleh doktor berkenaan itu betul.
Apabila Allah SWT menyatakan tentang pengharaman babi di dalam surah al-Maidah ayat 3, ia telah diperincikan oleh majoriti ahli tafsir bahawa pengharaman yang dimaksudkan itu ialah haram memakannya (dengan beberapa perincian tentang hukum tulang dan lemak, hukum menggunakan kulitnya dan sebagainya).
Tetapi tidak ada sebarang kenyataan dari nas al-Quran dan al-Hadith berkenaan dengan hukum haram pada memegang dan menyentuh babi, khususnya jika sentuhan itu ada keperluan atau maslahah yang jelas. Antara maslahah yang ada ialah apa yang telah diterangkan oleh doktor berkenaan.

Tuesday, November 3, 2009

Kesadaran....

Rata-rata, ternyata Kesadaran itu lahirnya di ujung derita.
Pedih bermula.
Tetapi jika kita mampu menerimanya ternyata kita berada
dalam pelukan 4JJI.

Yang kemarin, hanya ada dalam ingatan.
Untuk besok, hanya kamu yang mampu dengan harapan.
Yang sekarang, ini adalah yang sebenarnya.
Dimana kamu harus terima, dengan penuh kesadarannya.
Siapa sekarang yang tidak ingin membuka mata, besokpun akan tetap buta.

Teringat kata-kata mutiara, yang masuk dalam batin.
"Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain"
Mengenal diri yang paling penting, adalah unsurnya demi kesadarannya.
Berarti pula memahami kesalahan, serta kekeliruannya masing-masing.

Mengerti adalah syarat yang paling minimal.

Tetapi, mengerti saja apakah sudah cukup ???

Monday, November 2, 2009

Salah Siapa??

Hari ini ak mendengar Buletin Utama di TV3 jam 8 malam. Terkejut gile aku bila dengar JAIS menyerbu dan menahan Dr Asri Zainal Abidin seorang penceramah yang pada fikiran aku seorang yang lantang bersuara. Dikhabarkan bahawa Persatuan Peguam Syarie menuduh bahawa Dr Asri telah menolak fahaman Ahlu Sunnah Waljamaah dan juga menolak 4 mazhab besar dalam ISLAM iaitu SHAFI'E, MALIKI, HAMBALI dan juga HANAFI. Jadi pada pandangan mereka, Iktikad apakah yang dipegang oleh Ustaz Asri kalau bukan di antara 4 Mazhab ini. Tidak dikhabarkan pula pegangan apa yang dibawa oleh Dr Asri. Jika beliau tidak mempunyai tauliah, maka apakah tidak mencukupi tauliah yang di beri oleh Nabi SAW di dalam sabdanya; Samapaikan dariku walau satu ayat.

Bahkan perdana menteri juga bertanyakan apakah motif penangkapan ini. Silap siapa?? JAIS atau salah Dr Asri sendiri. Sama2 kita fikirkan.

Sunday, November 1, 2009

Umur Dan Roh ( Nukilan Seorang Teman)

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...
1/3 Umur kita hilang kerana masa kecil ------dan cari ilmu... ..
1/3 lagi hilang kerana dok sibuk kerja..kahwin... besarkan anak..
1/3 lagi sibuk kerana banyakkan harta... .tambah bini... tambah
anak... tambah padang golf... lepas tu... mati... lepas tu ... ... ..

Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin..

Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayahuntuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akandijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Diamlah....Kerana Diam Amat Bermakna

WAHAI SEKALIAN HAMBA-HAMBA Allah yang dirahmati ALLAH SWT.
Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin... amin Yarobbal a'lamin..

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.

OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.

*"Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut, Manusia tak kuasa untuk berkata-kata, Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka, Terimalah habuanmu seadanya..*

Bukan Jenaka Semata-Mata

Ini adalah email yang ak terima dari seorang kenalan. Dia bercerita tentang satu jenaka yang semamangnya buukan jenaka tetapi satu penghinaan yang besar kepada kita umat islam. Sama2 kita berkongsi cerita.

"Kesah yang aku nak paparkan dan berkongsi dengan kalian, adalah
kesah benar yang dialami oleh diri aku dan abang aku. Walau pun bunyi
macam kelakar, tapi pada aku ianya tak lucu. Malah ia nya menyentuh
tentang pegangan agama kita.

Dulu timbul pasal makanan syubahat, kemudian timbul pula bukan saja
makanan subahat malahan dah ada makanan haram yang di label sebagai halal.
Sehinggakan dah ada DAGING BABI PANGGANG yang berlabel HALAL, siap
dengan label halal JAKIM. Tak tahulah aku sejak bila pula daging babi di
kira halal. Sila tunjukkan nas mana!!!! Al Quran dah ada, jelas
mengatakan babi tu haram!!! Aku cadangkan jangan gunakan perkataan Khinzir mulai
hari ini. Kita gunakan perkataan BABI. Dulu kita gunakan perkataan
khinzir konon nya nak jaga hati orang-orang yang makan babi. Nanti tak lalu
mereka nak makan babi tu. Orang puteh pun menggunakan perkataan babi
bila mencarut. "You pig!!" Atau untuk menunjukkan sesuatu itu kotor.

Berbalik pada pengalaman aku. diawal 80an ketika dalam perjalanan dari
Singapore ke London aku di hidangkan nasi berlauk kari daging dan
salad. sebelum penerbangan sebagai mana orang Islam yang lain, aku telah
menunaikan tanggong jawab aku sebagai orang Islam memesan makanan halal
semasa nak confirmkan flight. Namun saperti biasa sebelum menjamah
makanan aku tanya stewardess mat saleh yang seksi tu,

Ramlisdar: "Is this food halal as ordered?"

Stewardess: " Yes Sir you dont have to worry"

Untuk kepastian aku tanya lagi

Ramlisdar:"What meat is this? if you dont mind telling me?"

Mengelabar steawrdess bila aku tanya. Just hang on Sir I will ask my
coleague for confirmation. Orang-orang sebelah aku dok makan, aku pula
terkial-kial menunggu. Tunggu punya tunggu stewardess tu pun muncul.

Stewardess: " I am pleased to confirm, it is pork Sir"

Terkejut berok aku dibuatnya. Depan aku dalam pinggan ada babi. Nasib
baik aku tak makan lagi. Aku marah betul. Dah book makanan halal pun
masih dapat babi. So everyone be careful!!! Aku pun bagi tahu pada
stewardess tu aku ni Muslim. Sebagai muslim aku tak boleh makan babi.

Stewardess: " No problem Sir"

Tahu apa stewardess tu buat? Dia keluarkan daging babi tu dan pulangkan
pinggan tu pada aku. Lagi aku terkejut berok dan marah. Orang lain dah
mula habis makan dalam kapalterbang tu, aku masih menunggu makanan. Aku
pun protest dan minta jumpa chief dia. Kelam kabut dia cari makanan di
1st class tingkat atas. (Jumbo 747 ada 2 tingkat.)

Chief: " We are sorry Sir. There must be some kind of
misscommunication"

Perut aku dah lapar. Aku tak kira yang penting aku nak makan. Dan aku
nak makan makanan halal.

Stewardess: " Here you are Sir. Luckily we managed to get this
Vegetarian food for you"

Salad pun saladlah. asalkan halal untuk mengisi perut yang dah lapar.
Mat saleh-mat saleh yang lain heran melihat apa kena dengan Melayu yang
seorang ni. Neighbour sebelah siap tanya. " Are you vegetarian Sir?"

Ramlisdar: " No I am not a vegetarian"

Nilah masa nak beri penerangan pada non-muslim.

Ramlisdar:" I am a muslim. Being a muslim we have to eat food that is
halal"

Satu hal juga nak terangkan apa itu halal. Senang nya aku guna analogy
orang yahudi. Aku kata saperti orang yahudi mereka kena makan makanan
Kosher. Kami orang Islam Kena makan makanan halal. Baru dia anggok.
Selepas kejadian itu bila aku travel oversea aku order makanan Kosher.

Dari pengalaman aku makanan Kosher lebeh selamat. Setiap kali awal
penerbangan, cabin crew akan bawa aku dulang besar, yang akan merupakan
makanan aku untuk sepanjang perjalanan hingga next stop. Dulang besar ini
di tutup dengan aluminium foil. Atas foil itu atas surat pengesahan
Rabbi siap dengan tanda tangan Rabbi tersebut mengesahkan makanan ini
adalah Kosher. Aku makan kosher berdasarkan penerangan seorang ustaz yang
mengatakan kita dibenarkan makan makanan Kosher.

Satu lagi pengalaman abang aku. Dia makan di rumah kawan nya berbangsa
Cina. Sebelum makan abang aku tanya ayam yang dihidangkan tu disembelih
tak? Jawab kawan nya dont worry ayam tu dah disembelih. Lauk pula
memang sedap, abang aku pun makan dengan selera nya. Lepas makan, mereka pun
duduk berehat sambil berbual. Abang aku pun tanyalah siapa yang
sembelih ayam yang sedap tadi. Kawan nya jawab selamba saja. Akulah yang
sembelih ayam tadi.Abang aku cerita, dia minta permisi untuk balik. Bila dah
keluar rumah kawan nya dia muntah.

Pengajaran dari cerita diatas.

1. berhati hati bila makan. Tentukan makanan itu halal. Baca label.
Tanya soalan jika perlu.

2. Tanya soalan yang betul. Jangan jadi macam abang aku. Abang aku
patut tanya makanan ni halal ke? lepas tanya jika halal. Tanya dari mana
punca?

3. Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan mereka. Lihat betapa
hati-hati orang yahudi dengan makanan mereka. Pihak berkuasa yahudi
memainkan peranan mereka untuk menentukan yang orang yahudi mendapat makanan
Kosher yang disahkan.

Kalau orang yahudi berhati-hati dengan makanan mereka. Kita sebagai
orang Islam mestilah lebeh berhati-hati dari orang yahudi."

Amacam??? Jenaka or ....??? Pikirlah sendiri...

Saturday, October 31, 2009

Pentingnya Masa...

Hari ini lewat betol ak bangun...Lpas bangun termenung plak kejap.. Fuuhhh..banyak giler mase ak terbuang.. Dah la mlm main game, tdo plak sampai terlewat bgn, pastu tinggal 1/3 je dr 24 jam untuk buat kerja, study, makan dan main.

Patutla Nabi SAW pernah mengingatkan kita tentang masa. Baginda kata Ingatlah 5 perkara sebelum datangnyer 5 perkara. HIDUP sebelum MATI, MUDA sebelum TUA, KAYA sebelum MISKIN, SIHAT sebelum SAKIT, LAPANG sebelum SEMPIT.

Yang pertama; HIDUP sebelum MATI. Banyak persoalan yang dapat kita ungkaikan dalam ayat tersebut. Sebagai contoh, Kemana masa hidup kita dihabiskan? Adakah benar di jalan yang diredhai atau dimurkai??? Persoalan2 sebeginilah yang kita harustanyakan diri kita. Macam ak, ak selau tanyadiri aku. Kenapa ak selalu buat kesilapan dan dosa sedangkan ak tau itu adalah satu kesilapan. Ya RABBI, ampunilah aku. Sebagai peringatan antara kita, selepas matinya anak ADAM, maka terputuslah semua amalankecuali tiga, SEDEKAH, ILMU yang dimanfaatkan dan DOA anak yang soleh.

MUDA sebelum TUA; Inilah perkara yang paling menarik dalam kehidupan yang penuh mencabar hari ini. Rata2, bila kita tanyakan kepada anak muda yang terjebak dalam kancah sosial, bila ko nak berubah? maka jawapan paling populan dan laris ialah masa mude enjoy la beb. Nanti tua barula taubat nasuha. Walhal mereka tidak mengetahui akan hal hidup dan mati. Rahsia kematian seseorang hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI. Sedangkan 'putik nyior' pun boleh gugur, inikan pula kelapa muda. Masa mude ni la kita kena banyakkan amalan, bekerja kuat menanam tanaman akhirat, agar kita dapat tuai hasilnye nanti. Lu pikirlah sendiri.

KAYA sebelum MISKIN; Jika dilihat dalam dunia penuh kemodenan, kadang2 yang miskin akan terus miskin dan tertindas, manakala yang kaya akan terus kaya dek korupsi yang dilakukan atau hasil atas usaha sendiri. Inilah yang menjadi agendautama kerajaan MALAYSIA kini untuk membasmi kemiskinan. Tetapi hal ini untuk kerajaan, kitaperlu bertanya diri sendiri, kemanakah harta yang kita ade dihabiskan? Adakah kita sudah mengeluarkan zakat?? Pernahkah kita bersedekah? Jika belum, maka cepat2 lah sebelum ajal datang memanggil.

SIHAT sebelum SAKIT; Masa sakit, selalu saja kitamerintih memohon kepada ALLAH agar segera disembuhkan. Masa itu kita selalu berjanji nak buat bnda baik la,nak bertaubat la tetapi bila da sihat, lupakan balik. Memang la manusia pelupa, tpi xkanlah mudah lupa. Jadi buatlah amal sebelum sakit.

Yang terakhir, LAPANG sebelum SEMPIT; Yang ini paling best. Sebab kadang2 aku pun sama. Maksudnya lebih kurang camni la, aku selalu suka tangguhkan kerja. Bila ade masa lapang, tido la, men game la. Tapi bila keje bertimbun mulala, kalut itu, x siap ini. Yang paling penting, masa lapang, gunakan untuk buat kerja. Jangn suka tido. Ingat, pentingkan yang lebih penting dari yang penting. Sampai ketemu lagi.

Asssalamualaikum...

Selamat berkenalan semua.... Ak memulakan blog ku denagn lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.... Memuji keagungan ilahi kerana diberi petunjuk dalam lingkaran kehidupan ini. Teman2 dan rakan2 semua, selamat datang ke Selangkah Kehidupan.

Aku dilahirkan dalam keluarga yg cukup sederhana namun ALHAMDULILLAH, ak diberi pelajaran yang cukup oleh kedua ibu bapaku bukan sahaja dari segi dunia malah untuk bekalan akhirat sekali.. Kehidupan kita di dunia fana amatlah ringkas.. Paling lame hidup pun cuma 100 tahun atau ++ sikit dan itupun da dikira 'nyanyuk'....

Jadi sama-sama kita mengambil peluang yang masih ada untuk mempersiapkan diri menuju ke alam kekal abadi... Disana masih banyak yang perlu dilalui.... Kehidupan, sedar atau tidak.. usia kita semakin bertambah dari hari ke hari... dan kita semakin dekat dengan kematian... Begitu jugalah dengan permainan yang melailaikan semakin kita ceburi. Cukuplah setyakat ini kita lalai dalam mengemudi bahtera kehidupan, sama-samalah kita teruskan perjalanan dalam landasan keimanan yang tinggi...

Ak bukan berkhutbah, cuma mencoret sedikit nasihat untuk diri yang serba dhaif ini. Sama-sama kita menyiapkan diri.......