Tuesday, January 7, 2014

Broga Hills

Jam menunjukkan 4.45 pagi pada 1 Januari 2014. Salah satu daripada aktiviti yang dirancangkan untuk menghabiskan cuti Tahun Baru. Seramai 16 orang dalam kumpulan kami memulakan sesi menakluk Bukit Broga. Inilah hiking pertama aku selepas 8 tahun tidak mendaki bukit.

Alhamdulillah, setelah setengah jam perjalanan dari Hulu Langat ke Semenyih, akhirnya kami sampai d kaki Bukit Broga. Dengan berbekalkan beberapa lampu suluh, (time ni, aku jalan dalam gelap je la... lampu suuh x beli)kami mula mendaki setelah memarkirkan kereta dalam ladang sawit berhampiran. Bayaran RM 2 untuk parking ye.

Pendakian mengambil masa sejam lebih disebabkan beberapa faktor:

1. Ada perempuan dan kanak-kanak
2. Beberapa kali berhenti
3. dan seumpamanya

Kami tiba di puncak pertama pada pukul 6.30 pagi. Alhamdulillah, sempat juga kami solat subuh. Sungguh indah, damai dan tenang semasa solat subuh ka puncaknya. Terasa dekat dengan Sang Pencipta.

Sementara menuggu matahari terbit, kami sempat berborak dan mengambil beberapa keping gambar kenangan. Setelah menikmati pemandangan indah matahari terbit (sunrise), kami memulakan pendakian ke puncak kedua dan ketiga. Kedudukan 3 puncak ini sangat dekat. Kami mengambil masa dalam 10-15 minit untuk sampai ke puncak ketiga.

Sempat berehat dalam setengah jam sambil menikmati udara segar. Kami memulakan langkah untuk pulang.

Ekspedisi Bukit Broga sangat bersesuaian untuk aktiviti riadah bersama keluarga kerana keadaan bukitnya yang tidak begitu curam. Hanya untuk sampai ke puncak sahaja agak curam sedikit, itupan jaraknya hanya dalam 50 - 100 meter sahaja.

Kemungkinan besar kami akan menakluk lagi puncak Broga untuk 2-3 kali sebelum meneruskan ekspidisi seterusnya, menakluki Gunung Nuang di Hulu Langat. Inilah aktiviti kami untuk tahun 2014. Hiking and Jungle Trekking. :)


No comments:

Post a Comment