Monday, January 6, 2014

Happy New Year 2014 Masihi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Selamat Tahun Baru 2014.

Alhamdulillah. Bersyukur kerana masih di beri peluang oleh Sang Pencipta untuk menghirup udara segar. Segala peristiwa pahit dan manis di tahun 2013 akan tersimpan kemas dalam lipatan sejarah dan mungkin sesetengahnya akan dlupakan. Walau apa pun yang telah kita lakukan, setiap denyut nadi, setiap saat akan di catat oleh 'bodyguard' yang akan sentiasa memerhatikan kita sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Walau apa pun yang terjadi, teruskanlah kehidupan. Kerana kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan terus bertaubat. Kita masih berpeluang membetulkan masa hadapan. Satu daripada maksud hadis Nabi S.A.W " Berkerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari". Maksud hadis ini ingin menunjukkan bahawa, buatlah sesuatu dengan bersungguh sungguh sama ada kerja mahupun dalam beribadat kepada ALLAH SWT.

Berbicara tentang tahun baru, rata-rata manusia akan memikirkan tentang AZAM. Bila sahaja mencecah detik 0000 Tahun Baru, segala macam AZAM akan di perbaharui. Tidak kira ada yang ingin mendapatkan harta berlimpah ruah, rumah bungalow yang besar, berbini 4 dan macam-macam lagi. Jika AZAM sudah dibuat, maka tetapkanlah iktikad dan istiqamah lah. InsyaALLAH berjaya.

AZAM bukan di capai melalui lisan sahaja tetapi dengan gerak kerja yang bertungkus lumus dan bertawakkal kepada ALLAH. Ramai manusia yang lupa bertawakkal dan di akhirnya, bila kejayaan tidak dicapai, maka mereka menyalahkan takdir. Orang yang menanam anggur tidak mungkin akan berbuah epal. Orang yang membela ikan, tidak mungkin akan mendapatkan ayam sebagai hasil.

Ini juga ditujukan kepada diri saya sendiri yg selalu lalai dan leka dalam mengejar azam dan cita-cita.

No comments:

Post a Comment