Kerja

0

Posted on 7:45 PM | By kaizer_zaman | In

Today 5 March 2010.... A lot to do. First step into data center, got called from senior. Customer complaint their connection is down. Hurrrrmmmm.... gabra already... Ya lo.. Its dedicated customer. NVM, just act cool as before. Then, went there, syukur2... direct connection is ok... their site have problem.. setel..

Then kene naik Level 29 lak, Nancy panggil.. tukar port telefon.. itu la.. ini la... da siap... kena tunggu cek balik je jam 3 nnt.... now rest a bit then chow to sembahyang jumaat.... hehehe....

Kadang2 jemu dengan kerja.. kadang2.. rase seronok bile bekerja.... ade jugak time boring bila datang kerja tp x de kerja.. cam budak bodo jer dok termenung.. huhuhu... Tp pe2 hal.. kene tunggu sampai petang lor... kol 5 angkat kai n balh.. haha


Assalamualaikum

0

Posted on 5:58 AM | By kaizer_zaman | In

Wahai sahabat-sahabat, lama benar rasanya tidak mengunjungi blog sendiri. Entah kenapa tiada ape2 perasaan yang membuat aku untuk menulis di sini sehingga aku membaca blog sahabatku dari yaman. Sudah lama ak meninggalkan suruhan ALLAH yang paling penting dalam kehidupan ini. Dakwah.... Telah lama ak melupakan uslub dakwah. Aku semakin hanyut dalam kesibukan dunia yang mula menelan ak perlahan demi perlahan.

Sahabat, andai aku terleka dalam dunia yang fana ini... kejutkan aku dengan perintah ALLAH yang MAHA AGUNG. Aku semakin lupa tujuanku yang sebenar. Semakin hari aku semakin tamak dengan harta dunia tanpa menyediakan bekal untuk akhirat yang kekal abadi. Aku lupa pada sunnah ajaran rasul, aku membaca kitab ALLAH dengan tidak memahami tuntutannya... Aku leka dan tersangat leka dalam dunia yang semakin dilanda malapetaka yang amat dasyat. Ibu membunuh anak, perempuan bersekedudukan tanpa hubungan sah, perempuan berpakaian tetapi telanjang.... Ya Rabbi, berikan aku kekuatan untuk meneruskan sisa hidupku di jalan mu yang benar dan sahih.

PERIHAL BABI (dr e-mail yg diterima)

0

Posted on 7:29 AM | By kaizer_zaman | In

Macam mana pandangan ustaz?”, tanya rakan sekerja saya setibanya saya di pejabat pagi ini.
“Macam mana apa?”, saya terkejut.
“Cuba ustaz check email”, katanya

Pagi ini saya menerima email yang menyertakan gambar-gambar sekumpulan pelajar perubatan haiwan di ladang babi. Email pertama yang saya terima, mempersoalkan tindakan pelajar tersebut memegang dan berposing dengan babi-babi itu. Manakala email kedua, disertakan jawapan dari seorang doktor perubatan haiwan yang cuba menjelaskan tentang hukum memegang, mengurus dan merawat haiwan seperti anjing dan babi.

Pada pandangan saya, jawapan yang diberikan oleh doktor berkenaan itu betul.
Apabila Allah SWT menyatakan tentang pengharaman babi di dalam surah al-Maidah ayat 3, ia telah diperincikan oleh majoriti ahli tafsir bahawa pengharaman yang dimaksudkan itu ialah haram memakannya (dengan beberapa perincian tentang hukum tulang dan lemak, hukum menggunakan kulitnya dan sebagainya).
Tetapi tidak ada sebarang kenyataan dari nas al-Quran dan al-Hadith berkenaan dengan hukum haram pada memegang dan menyentuh babi, khususnya jika sentuhan itu ada keperluan atau maslahah yang jelas. Antara maslahah yang ada ialah apa yang telah diterangkan oleh doktor berkenaan.

Kesadaran....

1

Posted on 8:53 AM | By kaizer_zaman | In

Rata-rata, ternyata Kesadaran itu lahirnya di ujung derita.
Pedih bermula.
Tetapi jika kita mampu menerimanya ternyata kita berada
dalam pelukan 4JJI.

Yang kemarin, hanya ada dalam ingatan.
Untuk besok, hanya kamu yang mampu dengan harapan.
Yang sekarang, ini adalah yang sebenarnya.
Dimana kamu harus terima, dengan penuh kesadarannya.
Siapa sekarang yang tidak ingin membuka mata, besokpun akan tetap buta.

Teringat kata-kata mutiara, yang masuk dalam batin.
"Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain"
Mengenal diri yang paling penting, adalah unsurnya demi kesadarannya.
Berarti pula memahami kesalahan, serta kekeliruannya masing-masing.

Mengerti adalah syarat yang paling minimal.

Tetapi, mengerti saja apakah sudah cukup ???

Salah Siapa??

0

Posted on 4:08 AM | By kaizer_zaman | In

Hari ini ak mendengar Buletin Utama di TV3 jam 8 malam. Terkejut gile aku bila dengar JAIS menyerbu dan menahan Dr Asri Zainal Abidin seorang penceramah yang pada fikiran aku seorang yang lantang bersuara. Dikhabarkan bahawa Persatuan Peguam Syarie menuduh bahawa Dr Asri telah menolak fahaman Ahlu Sunnah Waljamaah dan juga menolak 4 mazhab besar dalam ISLAM iaitu SHAFI'E, MALIKI, HAMBALI dan juga HANAFI. Jadi pada pandangan mereka, Iktikad apakah yang dipegang oleh Ustaz Asri kalau bukan di antara 4 Mazhab ini. Tidak dikhabarkan pula pegangan apa yang dibawa oleh Dr Asri. Jika beliau tidak mempunyai tauliah, maka apakah tidak mencukupi tauliah yang di beri oleh Nabi SAW di dalam sabdanya; Samapaikan dariku walau satu ayat.

Bahkan perdana menteri juga bertanyakan apakah motif penangkapan ini. Silap siapa?? JAIS atau salah Dr Asri sendiri. Sama2 kita fikirkan.

Umur Dan Roh ( Nukilan Seorang Teman)

0

Posted on 6:58 AM | By kaizer_zaman | In

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...
1/3 Umur kita hilang kerana masa kecil ------dan cari ilmu... ..
1/3 lagi hilang kerana dok sibuk kerja..kahwin... besarkan anak..
1/3 lagi sibuk kerana banyakkan harta... .tambah bini... tambah
anak... tambah padang golf... lepas tu... mati... lepas tu ... ... ..

Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin..

Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayahuntuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akandijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.