Hatiku sudah meruntun ingin pulang tetapi aku masih belom kuat untuk menggagahi diri untuk berhadapan dengan keadaan trafik yang cukup teruk.

Cuba korang bayangkan jika ini keadaan setiap hari malah even worst when raining. Aku yang penuh dengan kesabaran pun x boleh nak bersabar dah. Hahahaha... Dalam menunggu untuk trafik semakin reda, aku terfikir sesuatu. Sudah lama rupanya aku tidak membaca kitab-kitab seperti aku di sekolah dulu. Nama-nama kitab yang kau baca dulu pun sudah hampir ku lupa semuanya. Arghhh.... dalam begitu banyak kitab yang aku baca, hanya beberapa yang aku ingat. Ihya' Ulumuddin, La Tahzan, and ... Argh.. da tak ingat da... Ahaaa... satu lagi Fadhail A'mal. Ini tak termasuk Al-Quran la. Hehehe...


Sewajarnya sudah sampai masa untuk aku mengulangkaji kembali dan mengamalkan kembali apa yang telah aku tinggalkan. Benar kata Para Ulamak. Ilmu jika tidak diamalkan, semakin lama akan semakin hilang dan luput dari dalam diri. Bak kata pepatah arab ' Ilmu Tanpa Amal, Ibarat Pokok Yang Tidak Berbuah'. Bukan sahaja dilupai malah tidak bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Aku sudah semakin lupa akan ajaran guru-guru ku suatu ketika dulu. Aku perlu mencari kembali diriku yang hilang.
Aku sudah lupa akan hadis nabi ' Apabila mati seorang anak adam, maka terputuslah segala amalnya melainkan 3 perkara iaitu Ilmu yang bermanfaat, Sedekah Jariah dan Doa anak yang Soleh'. Jika dikira-kira dalam kehidupan aku, sudah lama aku tidak bersedekah apatah lagi punya anak yang soleh sedangkan aku belum berkahwin. Ya Rahman Ya Rahim, ilmu yang ku ada juga tidak aku sebarkan malah tidak mengamalkannya pun. Sungguh rugi hidupku selama ini. Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosaku.
Ya ALLAH,ku tahu intu taubatmu masih terbuka luas untukku. Kasih sayang mu melimpahi segala karuniamu. Pengampunanmu yang aku pinta Ya ALLAH Wahai Tuhan yang Maha Pengampun. ALLAHUAKBAR.
No comments:
Post a Comment