Wednesday, June 13, 2012

Menyusuri Buku 'La Tahzan' Karangan Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni

1. MERENUNGLAH DAN BERSHUKURLAH

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati ni'mat yang ALLAH kurniakan kepada anda. Kerana ni'matnya telah meliputi hingga hujung rambut hingga kebawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah ni'mat yang telah diberikan ALLAH kepada anda.

"....sekiranya kalian menghitung-hitung ni'mat ALLAH, nescaya kalian tidak dapat menghitungnya..." (Ibrahim:34)

Demikian besar ni'mat ALLAH yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini berserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan ALLAH untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan tetapi tidak pernah mengetahuinya.

"....Dia telah memberikan ni'mat-ni'mat-NYA secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin... " (Luqman:20)

Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah,dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

"Maka ni'mat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan" (Rahman:13)

Apakah anda mengira bahwa berjalan dengan kedua kaki itu merupakan suatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunya kaki?. Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak dia tas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya?. Apakah anda merasai ni'matnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banya manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya? Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?



Renungkanlah! Berapa besarnya fungsi pendengaran di mana ALLAH menjauhkan anda dari ketulian. penglihatan anda akan erhindar dari kebutaan, dan ingatlah kulit anda yang cantik terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikanlah juga fungsi otak anda! ALLAH telah memberikan kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda ingin membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua-dua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup keni'matan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak dan kesihatan anda yang stabil.

Anda seringlali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, keni'matan, dan masih banyak lagi yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bershukurlah.

"Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan ALLAH. Apakah kalian tidak memperhatikannya? " (Ads-Zariyat:21)

Lihatlah diri anda, keluarga tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan :
" Mereka mengetahui bahawa semua ni'mat yang ada berasal dari ALLAH, tetapi mereka mengingkarinya..." (An-Nahl: 83)

No comments:

Post a Comment