Thursday, November 5, 2009

PERIHAL BABI (dr e-mail yg diterima)

Macam mana pandangan ustaz?”, tanya rakan sekerja saya setibanya saya di pejabat pagi ini.
“Macam mana apa?”, saya terkejut.
“Cuba ustaz check email”, katanya

Pagi ini saya menerima email yang menyertakan gambar-gambar sekumpulan pelajar perubatan haiwan di ladang babi. Email pertama yang saya terima, mempersoalkan tindakan pelajar tersebut memegang dan berposing dengan babi-babi itu. Manakala email kedua, disertakan jawapan dari seorang doktor perubatan haiwan yang cuba menjelaskan tentang hukum memegang, mengurus dan merawat haiwan seperti anjing dan babi.

Pada pandangan saya, jawapan yang diberikan oleh doktor berkenaan itu betul.
Apabila Allah SWT menyatakan tentang pengharaman babi di dalam surah al-Maidah ayat 3, ia telah diperincikan oleh majoriti ahli tafsir bahawa pengharaman yang dimaksudkan itu ialah haram memakannya (dengan beberapa perincian tentang hukum tulang dan lemak, hukum menggunakan kulitnya dan sebagainya).
Tetapi tidak ada sebarang kenyataan dari nas al-Quran dan al-Hadith berkenaan dengan hukum haram pada memegang dan menyentuh babi, khususnya jika sentuhan itu ada keperluan atau maslahah yang jelas. Antara maslahah yang ada ialah apa yang telah diterangkan oleh doktor berkenaan.

No comments:

Post a Comment