Thursday, May 3, 2012

The other side of stories

Wow.. its 12 pm already... masih ade 45 minit tersisa dari baki kerja sebelum aku melangkah ke Tabung Haji utk Solat Jumaat... Berkali aku tekan nak masuk blog ni balik... ma aiii... sampai kne reset password baru ingat... hahahaha.. Dala giler aku x post kat sini...

BERSIH 3.0


BERSIH 3.0 baru jer seminggu berlalu.. banyak tersisa darinya kisah kehidupan rakyat. Ada yang berpuas hati, ade yang tidak dan ada yang plan BERSIH 4.0 selagi kerajaan tidak melaksanakan 8 tuntutan BERSIH... Apakah terlalu sukar dan susah bagi kerajaan untuk melaksanakan tuntutan mereka ini. Aku rasa amat tidak susah malah ade setengah daripada itu dalam perancangan kerajaan. Aku pon bingun kadang2 dengan kerajaan dan juga bingun dgn pembangkang. Tidakkah mereka bawak berbincang bersama2... Tidakkah mereka mencadangkan kepada Yang Di Pertuan Agong akan hal ini dan meminta Agong untuk mempengerusikan mesyuarat antara BN, PKR or sape2 lagi dan berbincang dalam menaikkan taraf hidup rakyat Malaysia bukan sahaja dari segi Pembangunan tetapi juga rohani dan akhlak sahsiah diri. Atau segilintir mereka takut untuk berdepan dengan kebenaran yang akan tersingkap di sebalaik awan hitam selama ini? Panjang lebar la plak... Anak2 sekalian tahu x apa itu tuntutan bersih... Jap ek, ak nak google...

ini dia tuntutan dia secara ringkas & padat:

1. Membersihkan Senarai Undi

2. Mereformasikan Undi POS

3. Pengunaan dakwat kekal

4. Masa Kempen Minima 21 hari

5. Akses Media yang bebas dan ADIL

6. Mengukuhkan Institusi AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. Hentikan POLITIK KOTOR


Aha.. ini dia 8 tuntutan dari Perhimpunan Bersih hari tu. Dalam ramai yang menyertai BERSIH 3.0, aku rasa masih ada yang tidak faham akan tuntutan2 ini.

Apakah kita semua menyayangi negara kita... jika ya.. maka bertindak bijaklah dalam menilai sesuatu... Mereka bisa mengatakan apa sahaja tetapi tidak tidak bisa tahu apa yg terselit di hati kecil mereka. Jika kita menari mengikut rentak mereka tanpa memikirkan sedikitpon.. maka tunggulah hari di mana kita akan menyesal jika tarian mereka mula pincang berkecai.... Ingatlah... Kita masih ada Tuhan yang maha berkuasa untuk kita mohon petunjuk... maka berdoalah... dan terus berdoa....

No comments:

Post a Comment